As salam all readers..... Mai baca Sat...
INFO ni aku dpt dari beberapa
BLOG. Hope kita dapat sama2 ambil iktibar dari ILMU ini…
Telinga berdesing,merupakan
salah satu kejadian atau isyarat ghaib yang Allah sahaja mengetahui rahsianya.
Namun Allah juga akan fahamkan maksudnya kepada sesiapa yang dikehendaki..
Menurut
riwayat Ibnu Sunni, bahawa NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda :-
Barang siapa berdesing
telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepada aku. Selepas itu
hendaklah ia berzikir dengan zikir : -
ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI
BI KHAIR (Rujuk Al-Azakar: 133)
Maksudnya
"ALLAH SWT mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikkan."
Firman Allah: ".... Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan
(menceritakan) kepada kamu (rahsia) perkara -perkara ghaib,akan tetapi Allah
memilih dari Rasul-Nya,sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan
kepadanya perkara-perkara ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan
Rasul-rasul-Nya ; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala
yang besar." (Ali Imran, 3: 179)
Firman Allah: "Sesungguhnya yang ghaib itu kepunyaan Allah,
sebab itu tunggu (sajalah) olehmu......" (Yunus, 10; 20)
Selanjutnya , dijelaskan di bawah ini maksud dan rahsia di sebalik
telinga berdesing mengikut pengalaman orang tua-tua yang sentiasa mengamati dan
mengelaminya.
TELINGA SEBELAH KANAN BERDESING
Pada antara jam 06 - 07 pagi hari: Bermakna akan mendapat khabar
buruk.
Antara jam 07 - 08 pagi hari: Bermakna akan difitnahkan dan diumpat
oleh seseorang.
Antara jam 08 - 09 pagi hari: Bermakna akan berencana pergi jauh dan
entah itu sendiri atau bersama orang lain.
Antara jam 09 - 10 pagi hari: Bermakna akan ada berita yang kurang
menyenangkan tentang keluarga.
Antara jam 10 - 11 pagi hari: Bermakna akan ada penghalang dari
rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dahulu.
Antara jam 11 - 12 siang hari: Bermakna akan ada khabar yang kurang
baik yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu
terdekat.
Antara jam 12 - 13 siang hari: Bermakna akan ada saudara jauh yang
datang dengan membawa cerita dan kenangan lama.
Antara jam 13 - 14 siang hari: Bermakna akan ada ajakan makan atau
jemputan kenduri dan lain-lain majlis.
Antara jam 14 - 15 petang hari: Bermakna akan ada sesuatu yang
membahayakan anda dalam waktu terdekat.
Antara jam 15 - 16 petang hari: Bermakna akan ada berita dari
keluarga yang belum tahu menyenangkan atau menyedihkan.
Antara jam 16 - 17 petang hari: Bermakna akan ada perjalanan jauh
yang akan anda lakukan dalam waktu terdekat.
Antara jam 17 - 18 petang hari: Bermakna anda sedang menjadi
pembicaraan kepada banyak orang.
Antara jam 18 - 19 malam hari: Bermakna akan ada sesuatu yang
berharga pergi meninggalkan anda.
Antara jam 19 - 20 malam hari: Bermakna akan mendapat berita buruk
dari kalangan sendiri.
Antara jam 20 - 21 malam hari: Bermakna akan ada keberuntungan yang
besar untuk anda.
Antara jam 21 - 22 malam hari: Bermakna akan ada yang mengancam anda.
Antara jam 22- 23 malam hari: Bermakna akan ada berita yang baik
datang kepada anda.
Antara jam 23 - 24 malam hari: Bermakna akan ada seseorang yang jatuh
cinta kepada anda.
Antara jam 24 - 01 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu wejangan yang
diberikan oleh oang tua.
Antara jam 01 - 02 pagi hari: Bermakna akan ada perselisihan antara
kerabat sendiri.
Antara jam 02 - 03 pagi hari: Bermakna segala perjalanan yang anda
kerjakan akan selamat sampai tujuan.
Antara jam 03 - 04 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu berharga yang
hilang.
Antara jam 04 - 05 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu yang
merugikan, jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari majikan.
Antara jam 05 - 06 pagi hari: Bermakna akan ada gangguan dari orang,
mungkin akan menyusahkan anda.
TELINGA SEBELAH KIRI BERDESING
Antara jam 06 - 07 pagi hari: Bermakna akan ada tamu yang
mengutungkan dalam waktu terdekat.
Antara jam 07 - 08 pagi hari: Bermakna akan melakukan perjalanan jauh
dalam waktu terdekat.
Antara jam 08 - 09 pagi hari: Bermakna akan kedatangan keurga
terdekat.
Antara jam 10 - 11 pagi hari: Bermakna akan selamat dalam perjalanan
akan datang.
Antara jam 11 - 12 pagi hari: Bermakna akan kedatangan keluarga dari
seberang lautan (jauh).
Antara jam 12 - 13 siang: Bermakna akan terserang penyakit dalam
waktu terdekat.
Antara jam 14 - 15 siang: Bermakna akan kedatangan tamu.
Antara jam 15 - 16 petang: Bermakna akan bepergian jauh kerana urusan
penting.
Antara jam 17 - 18 petang: Bermakna dalam waktu terdekat akan
mendapat keuntungan besar dalam usaha yang diusahakan atau akan naik pangkat
bagi pekerjaan.
Antara jam 19 - 20 malam: Bermakna akan menerima penyataan cinta dari
seseorang dalam waktu dekat ini.
Antara jam 21 - 22 malam: Bermakna akan menerima undangan perkahwinan
dalam waktu terdekat.
Antara jam 22 - 23 malam: Bermakna akan kedatangan pencuri.
Antara jam 23 - 24 malam: Bermakna akan menghadapi masalah atau
penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi.
Antara jam 00 - 01 pagi hari: Bermakna semua cita-cita akan
direncanakan akan segera tercapai.
Antara jam 01 - 02 pagi hari: Bermakna akan menerima kabar gembira.
Antara jam 02 - 03 pagi hari: Bermakna akan ada dan berlaku
persengketaan dalam keluarga.
Antara jam 04 - 05 pagi hari: Bermakna anda akan mendapat usaha
pekerjaan baru.
Antara jam 05 - 06 pagi hari: Bermakna akan ada kesepakatan dan
penyelesaian dalam setiap persoalan yang dihadapi.
Wallahu a’lam
Pelbagai lagi alamat dan isyarat ghaib yang terjadi di dalam dan di
luar diri manusia. Percayalah bahawa ini semua kebenaran yang sedang
terungkai.....
“Amalan
kita ibarat benih pokok, jika kita selalu mengingatiNya serta beramal maka
benih itu akan tumbuh subur, dedaun akan merimbun. Mana kala jika kita sering
leka dan lalai mengingatiNya maka dedaun itu akan gugur satu persatu. Seumpama
lebat dedaun iaitu amalan kita, dedaun keguguran bererti dosa-dosa kita”